Ads 468x60px

Thursday, December 29, 2011

TARIKH KERAMAT 29 DISEMBER


      GENAP SETAHUN KITA BERSORAK

     Tanggal 29 Disember 2010 pasti tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia apabila skuad bola sepak negara menjulang Piala Suzuki AFF buat pertama kali sepanjang tempoh 14 tahun.Namun bukan mudah untuk bergelar juara dengan membawa skuad 'pincang'. Satu demi satu berita buruk yang diterima oleh pengendali negara iaitu K.Rajagopal sebelum berangkat ke Jakarta. Tetapi ia bukan alasan untuk mengalah sebelum ke gelanggang.

     Mari kita mengusuri kembali perjalanan berliku yang dilalui Sang Harimau sebelum diiktiraf menjadi Raja Bola Sepak Asia Tenggara.

    Indonesia dan Vietnam diplih menjadi tuan rumah bersama. Malaysia diundi di kumpulan A yang turut disertai oleh tuan rumah, Indonesia bersama-sama Thailand serta Loas. Manakala kumpulan B dianggotai oleh Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Filipina

     Harimau Malaya memulakan aksi sumbang apabila tewas 5-1 ke atas Indonesia di stadium keramat mereka. Walaupun mendahului pada suatu ketika hasil jaringan Norsharul Idlan Talaha namun kelekaan pemain negara terus dihukum oleh pemain-pemain Indonesia. Namun ia tidak mematahkan semangat pengendali negara.

      Turun pada perlawanan kedua di Gelora Bung Karno menentang pasukan 'gergasi' Asia Tenggara iaitu Thailand. Ia satu assignment yang sukar bagi K.Rajagopal kerana perlawanan tersebut merupakan hidup mati pasukan Negara. Thailand yang mendapat sentuhan Brian Robsen yang juga bekas kapten Manchester United dan England pasti memberi tentangan yang sengit. KingGopal melakukan beberapa pertukaran pemain di kesebelasan utamanya. Antaranya meletakkan Khairul Fahmi selaku penjaga gol utama menggantikan Sharbinee selain Sabre Abu menggantikan Razman Roslan dan Amirulhadi menggantikan Amri Yahya.Keputusan perlawanan tersebut berakhir seri tanpa jaringan.

      Perlawanan terakhir kumpulan menentang Laos turun dengan harapan Thailand seri atau tewas kepada tuan rumah di Jakarta. Perlawanan Negara berlangsung di Gelora Sriwijaya, Palembang. Malaysia menang besar ke atas Laos dengan jaringan 5-1. Gol-gol neagara dijaringkan oleh Amri Yahya(2gol), Norshahrul, Amirulhadi, dan Mahali Jasuli. Kejayaan ini lebih manis apabila Thailand tewas kepada Indonesia hasil jaringan Bambang Pamungkas. Gol-gol tersebut diperoleh hasil daripada sepakan penalty. Ini bermakna Malaysia layak ke separuh akhir dan akan menentang juara bertahan iaitu Vietnam.

      Perlawanan separuh akhir pertama berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan tersebut menarik minat lebih kurang 40 ribu peminat bola sepak tempatan. Sebelum perlawanan kedua-dua pengendali telah melakukan perang mulut. Perlawanan ini telah dimenangi pasukan Malaysia dengan jaringan 2-0. Kedua-dua gol Negara dijaringkan oleh Safee Sali. Separuh akhir kedua dilangsungkan di Stadium My Dinh, Hanoi. Keputusan perlawanan berakhir seri tanpa jaringan.

pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Vietnam


Perlawanan akhir diulas di post seterusnya

No comments:

Post a Comment