Ads 468x60px

Tuesday, December 27, 2011

Fergie gembira hatrik Berbatov


Sir Alex Ferguson gembira dengan Dimitar Berbatov selepas pemain itu menyumbangkan hatrik.
Hanya pada permulaan kedua beliau musim ini, Berbatov menjaringkan gol ketiganya pada sepakan penalti selepas kekasaran Antolin Alcaraz terhadap Park.

Berkata selepas perlawanan, Ferguson menyatakan kegembiraannya terhadap Berbatov.
"Ia perlawanan yang tepat buat Dimitar," kata Ferguson.

"Saya memerlukan ketinggiannya bagi perlawanan set-piece menentang kami dan beliau telah berjaya menjaringkan hatrik.

"Kami sangat gembira untuknya. Ia membantu keyakinan dirinya. Beliau tidak menikmati permulaan musim yang baik dari segi pemilihan pemain kerana pilihan yang saya ada, Welbeck, Rooney dan Hernandez."

Ferguson menjangkakan Jonny Evans akan dikecualikan selama dua minggu selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan itu.

"Jonny telah mengalami kecederaan dan akan diketepikan selama dua minggu," kata Ferguson.
"Kami melalui masa yang kurang baik beberapa hari yang lepas. Phil Jones dan Chris Smalling telah cedera. Rio Ferdinand mengalami kecederaan belakang dan Jonny Evans pula kini cedera.
"Ini memberi tekanan kepada kami."

Ferguson mengharapkan Jones dan Smalling cepat sembuh sebelum perlawanan dengan Blackburn dan juga dengan Newcastle dan seterusnya pusingan ketiga Piala FA dengan Manchester City di Stadium Etihad pada 8 Januari.

No comments:

Post a Comment