Ads 468x60px

Monday, December 26, 2011

Fabregas mungkin kembali ke Arsenal???

Cesc Fabregas menyatakan yang ada kemungkinan dia kembali ke Arsenal jika meninggalkan Barcelona.
Pemain yang berusia 24 tahun itu kembali ke kelab yang dia telah dibesarkan setelah lapan tahun di Arsenal.
Fabregas berkata yang dia ingin bersara sebagai pemain Barcelona, tetapi jika harus berpindah lagi, dia hanya mahu ke Arsenal.

"Selain Arsenal dan Barcelona, saya tidak akan bermain untuk kelab lain." Fabregas memberitahu Sky Sports.

"Saya akan kembali (ke Arsenal) bila mempunyai masa lapang untuk melihat permainan dan untuk melihat rakan-rakan saya dan dalam masa akan datang, mengapa tidak?"

"Saya berharap saya akan kekal di sini untuk masa yang panjang dan mungkin bersara di sini. Tetapi mengapa tidak? Dalam hidup tiada yang mustahil. Jika ada peluang untuk saya berpindah ia akan ke Arsenal."

Fabregas mengakui yang dia telah hilang motivasi dalam musim terakhirnya di stadium Emirates sementara Arsenal merosot dan dia percaya yang dia gagal untuk menggesa dan mempengaruh rakan sepasukan dengan baik.

"Ia kelihatan seperti pasukan tiada semangat untuk bermain." Fabregas berkata. "Saya selalu berusaha sedaya upaya untuk mendorong pasukan saya dan pada masa itu saya rasa yang saya gagal berkata apa-apa yang berguna."

"Saya ke sesi latihan tanpa motivasi seperti bila saya berusia 16 lagi, saya berasa yang dia tidak dapat maju. Saya rasa semua orang akan melalui masa apabila mereka mahu permulaan yang baru."

Walau begitu, Fabregas mengakui ia amat sukar untuk di meninggalkan Arsenal.
"Ia adalah keputusan yang paling sukar untuk saya memilih, walaupun ia impian saya untuk bermain di Barcelona."


"Saya tidak malu untuk mengatakan yang pada hari peninggalan saya, saya hanya mampu berkata terima kasih (kepada Arsene Wenger), saya tidak mampu berkata apa-apa lagi, saya hampir-hampir menangis. Saya amat terharu."

No comments:

Post a Comment