Ads 468x60px

Saturday, December 10, 2011

Spurs Lebih Bersedia

   

   Stoke City bakal menerima kunjungan Tottenham Hotspur yang kini di tahap prestasi terbaik mereka.
Pengurus Stoke, Tony Pulis, bakal mempertaruhkan kembali Jermaine Pennant dan Rory Delap yang sebelumnya tersisih ketika menentang Everton akibat kecederaan apabila menentang Spurs Ahad ini.

       Selain itu penyerang tinggi lampai Stoke,  Peter Crouch yang juga bekas pemain Spurs yakin pasukannya akan mampu menghasilkan prestasi terbaik dan meraih 3 mata berharga.

       Bagi Spurs pula, kelibat Jermain Defoe dan Gareth Bale akan hanya diketahui selepas ujian kesihatan dijalankan ke atas dua tonggak utama itu.

       Setakat ini, skuad bimbingan Harry Redknapp jelas berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan  dengan 10 kemenangan daripada 11 perlawanan musim ini.

       Dan sekiranya Spurs berjaya melakar kemenangan Ahad ini,  rekod baru bakal dicipta Redknapp dengan 4 kemenangan berturut turut di laman lawan.

No comments:

Post a Comment