Ads 468x60px

Friday, December 30, 2011

FINAL PERTAMA DI BUKIT JALIL

FINAL YANG MENDEBARKAN

 
                Kemenangan Malaysia ke atas Vietnam menandakan munculnya juara baru bagi Piala Suzuki AFF 2010. Lawan Malaysia di perlawanan akhir adalah pasukan yang telah menewaskan pasukan negara diperingkat kumpulan iaitu pasukan Sang Garuda. Indonesia telah menewaskan pasukan Filipina pada aksi separuh akhir. Filipina melakukan kejutan apabila layak pertama kali dalam sejarah bola sepak mereka. Namun ia bukan kejutan bagi warga bola sepak kerana Filipina menggunakan pemain yang diberi hak kerakyatan tempatan.  Lebih kurang 9 pemain warga England diberi kerakyatan Filipina untuk mewakili pasukan bola sepak mereka.
            Cerita menarik di sebalik perlawanan Indonesia menentang Filipina ialah kedua-dua perlawanan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno. Filipina tidak dapat menggunakan stadium mereka di Manila iaitu Stadium Jose Riazal kerana stadium tersebut tidak mendapat pengiktirafan FIFA walaupun stadium meraka pernah menjadi venue acara bola sepak Sukan SEA 2005. Perlawanan separuh akhir pertama dan kedua di antara pasukan Indonesia dan Filipina berakhir Indonesia menang kedua-dua perlawanan dengan jaringan 1-0. Secara aggreget Indonesia menang 2-0.
            Tanggal 26 Disember 2010 merupakan final pertama yang dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.Perlawanan kali ini menarik  lebih kurang 80 ribu penonton sehingga tiket habil dijual sebelum perlawanan. Fenomena yang melanda sekarang ialah Harimau Malaya. Kini penonton mempunyai kelab penyokong bola sepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Ultras Malaya. Kita boleh lihat sekarang ialah fenomena memakai jersi Harimau Malaya.


Fenomena setiap perlawanan Malaysia

Perlawanan bermula pada jam 8.45 malam. Kesebelasan utama negara diketuai SafiqRahim dan dibantu oleh Amar Rohidan, Amirulhadi, dan S.Kunalan. Jentera serangan dipandu oleh 2 orang penyerang sensasi negara, Norshahrul dan Safee Sali. Barisan pertahanan dikemudi oleh Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Asraruddin. Namun perlawanan terhenti seketika apabila penjaga gol Indonesia, Markus melaporkan kepada pengadil perlawanan yang beliau disuluh dengan laser. Pengadil ketika itu, Masaaki Toma menghentikan perlawanan lebih kurang 10 minit.
Beberapa minit selepas bersambung perlawanan, Malaysia menjaringkan gol pertama oleh Safee Sali hasil lorongan Norshahrul. Tujuh minit kemudian Ashari Shamsudin yang masuk menggantikan Amirulhadi menjaringkan gol yang kedua. Sekali lagi Norshahrul menjadi arkitek untuk gol kedua. Minit 73 pula, Safee Sali menjaringkan gol ketiga negara melalui tandukan hasil lambungan cantik daripada pemain pertahanan, Mahali. Perlawan pertama berakhir Malaysia menang 3-0.

Safee Sali antara watak penting kejayaan Malaysia







Ulasan perlawan akhir kedua yang belangsung di Jakarta akan diulas di post seterusnya.







Thursday, December 29, 2011

TARIKH KERAMAT 29 DISEMBER


      GENAP SETAHUN KITA BERSORAK

     Tanggal 29 Disember 2010 pasti tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia apabila skuad bola sepak negara menjulang Piala Suzuki AFF buat pertama kali sepanjang tempoh 14 tahun.Namun bukan mudah untuk bergelar juara dengan membawa skuad 'pincang'. Satu demi satu berita buruk yang diterima oleh pengendali negara iaitu K.Rajagopal sebelum berangkat ke Jakarta. Tetapi ia bukan alasan untuk mengalah sebelum ke gelanggang.

     Mari kita mengusuri kembali perjalanan berliku yang dilalui Sang Harimau sebelum diiktiraf menjadi Raja Bola Sepak Asia Tenggara.

    Indonesia dan Vietnam diplih menjadi tuan rumah bersama. Malaysia diundi di kumpulan A yang turut disertai oleh tuan rumah, Indonesia bersama-sama Thailand serta Loas. Manakala kumpulan B dianggotai oleh Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Filipina

     Harimau Malaya memulakan aksi sumbang apabila tewas 5-1 ke atas Indonesia di stadium keramat mereka. Walaupun mendahului pada suatu ketika hasil jaringan Norsharul Idlan Talaha namun kelekaan pemain negara terus dihukum oleh pemain-pemain Indonesia. Namun ia tidak mematahkan semangat pengendali negara.

      Turun pada perlawanan kedua di Gelora Bung Karno menentang pasukan 'gergasi' Asia Tenggara iaitu Thailand. Ia satu assignment yang sukar bagi K.Rajagopal kerana perlawanan tersebut merupakan hidup mati pasukan Negara. Thailand yang mendapat sentuhan Brian Robsen yang juga bekas kapten Manchester United dan England pasti memberi tentangan yang sengit. KingGopal melakukan beberapa pertukaran pemain di kesebelasan utamanya. Antaranya meletakkan Khairul Fahmi selaku penjaga gol utama menggantikan Sharbinee selain Sabre Abu menggantikan Razman Roslan dan Amirulhadi menggantikan Amri Yahya.Keputusan perlawanan tersebut berakhir seri tanpa jaringan.

      Perlawanan terakhir kumpulan menentang Laos turun dengan harapan Thailand seri atau tewas kepada tuan rumah di Jakarta. Perlawanan Negara berlangsung di Gelora Sriwijaya, Palembang. Malaysia menang besar ke atas Laos dengan jaringan 5-1. Gol-gol neagara dijaringkan oleh Amri Yahya(2gol), Norshahrul, Amirulhadi, dan Mahali Jasuli. Kejayaan ini lebih manis apabila Thailand tewas kepada Indonesia hasil jaringan Bambang Pamungkas. Gol-gol tersebut diperoleh hasil daripada sepakan penalty. Ini bermakna Malaysia layak ke separuh akhir dan akan menentang juara bertahan iaitu Vietnam.

      Perlawanan separuh akhir pertama berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan tersebut menarik minat lebih kurang 40 ribu peminat bola sepak tempatan. Sebelum perlawanan kedua-dua pengendali telah melakukan perang mulut. Perlawanan ini telah dimenangi pasukan Malaysia dengan jaringan 2-0. Kedua-dua gol Negara dijaringkan oleh Safee Sali. Separuh akhir kedua dilangsungkan di Stadium My Dinh, Hanoi. Keputusan perlawanan berakhir seri tanpa jaringan.

pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Vietnam


Perlawanan akhir diulas di post seterusnya

Tuesday, December 27, 2011

MALAYSIA AKHIRI 2011 DI TANGGA 148


                                                           MAAF MENCELAH


      Malaysia tutup kalender 2011 di tangga 148 dunia. Ini setelah skuad Harimau Malaya melakukan 3 pealawanan persahabatan kelas A FIFA. Malaysia naik tujuh anak tangga daripada ranking bulan november lalu. Ini merupakan petanda baik bagi skuad bimbingan Datok K.Rajagopal.

      Skuad Harimau Malaya mampu meningkatkan lagi ranking apabila dijadualkan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi dan Filipina pada bulan Februari depan.
           
                  Arab Saudi v Malaysia
                  20 Februari 2012
                  Melbourne

                 Filipina v Malaysia
                 29 Februari 2012
                 Manila

        Berikut merupakan rekod ranking Malaysia sepanjang 2011
               
                Januari        -142
                Februari     -140
                Mac           -138
                April          -144
                Mei            -143
                Jun             -144
                Julai            -145
                Ogos          -146
                September  -147
                Oktober     -151
                November  -155
                Disember   -148

         Ranking terbaik Malaysia adalah pada bulan Ogos 1993 di kedudukan ke 75 dunia. Sementara itu ranking terburuk pula adalah pada April 2008 di kedudukan di 170 dunia.

        Diharap Malaysia terus maju di masa akan datang dan zaman KEGEMILANGAN Harimau Malaya dapat dikembalikan semula.

        

Fergie gembira hatrik Berbatov


Sir Alex Ferguson gembira dengan Dimitar Berbatov selepas pemain itu menyumbangkan hatrik.
Hanya pada permulaan kedua beliau musim ini, Berbatov menjaringkan gol ketiganya pada sepakan penalti selepas kekasaran Antolin Alcaraz terhadap Park.

Berkata selepas perlawanan, Ferguson menyatakan kegembiraannya terhadap Berbatov.
"Ia perlawanan yang tepat buat Dimitar," kata Ferguson.

"Saya memerlukan ketinggiannya bagi perlawanan set-piece menentang kami dan beliau telah berjaya menjaringkan hatrik.

"Kami sangat gembira untuknya. Ia membantu keyakinan dirinya. Beliau tidak menikmati permulaan musim yang baik dari segi pemilihan pemain kerana pilihan yang saya ada, Welbeck, Rooney dan Hernandez."

Ferguson menjangkakan Jonny Evans akan dikecualikan selama dua minggu selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan itu.

"Jonny telah mengalami kecederaan dan akan diketepikan selama dua minggu," kata Ferguson.
"Kami melalui masa yang kurang baik beberapa hari yang lepas. Phil Jones dan Chris Smalling telah cedera. Rio Ferdinand mengalami kecederaan belakang dan Jonny Evans pula kini cedera.
"Ini memberi tekanan kepada kami."

Ferguson mengharapkan Jones dan Smalling cepat sembuh sebelum perlawanan dengan Blackburn dan juga dengan Newcastle dan seterusnya pusingan ketiga Piala FA dengan Manchester City di Stadium Etihad pada 8 Januari.

Monday, December 26, 2011

Fabregas mungkin kembali ke Arsenal???

Cesc Fabregas menyatakan yang ada kemungkinan dia kembali ke Arsenal jika meninggalkan Barcelona.
Pemain yang berusia 24 tahun itu kembali ke kelab yang dia telah dibesarkan setelah lapan tahun di Arsenal.
Fabregas berkata yang dia ingin bersara sebagai pemain Barcelona, tetapi jika harus berpindah lagi, dia hanya mahu ke Arsenal.

"Selain Arsenal dan Barcelona, saya tidak akan bermain untuk kelab lain." Fabregas memberitahu Sky Sports.

"Saya akan kembali (ke Arsenal) bila mempunyai masa lapang untuk melihat permainan dan untuk melihat rakan-rakan saya dan dalam masa akan datang, mengapa tidak?"

"Saya berharap saya akan kekal di sini untuk masa yang panjang dan mungkin bersara di sini. Tetapi mengapa tidak? Dalam hidup tiada yang mustahil. Jika ada peluang untuk saya berpindah ia akan ke Arsenal."

Fabregas mengakui yang dia telah hilang motivasi dalam musim terakhirnya di stadium Emirates sementara Arsenal merosot dan dia percaya yang dia gagal untuk menggesa dan mempengaruh rakan sepasukan dengan baik.

"Ia kelihatan seperti pasukan tiada semangat untuk bermain." Fabregas berkata. "Saya selalu berusaha sedaya upaya untuk mendorong pasukan saya dan pada masa itu saya rasa yang saya gagal berkata apa-apa yang berguna."

"Saya ke sesi latihan tanpa motivasi seperti bila saya berusia 16 lagi, saya berasa yang dia tidak dapat maju. Saya rasa semua orang akan melalui masa apabila mereka mahu permulaan yang baru."

Walau begitu, Fabregas mengakui ia amat sukar untuk di meninggalkan Arsenal.
"Ia adalah keputusan yang paling sukar untuk saya memilih, walaupun ia impian saya untuk bermain di Barcelona."


"Saya tidak malu untuk mengatakan yang pada hari peninggalan saya, saya hanya mampu berkata terima kasih (kepada Arsene Wenger), saya tidak mampu berkata apa-apa lagi, saya hampir-hampir menangis. Saya amat terharu."

Friday, December 23, 2011

Apa yang serlahkan RVP?

Robin van Persie dan Ciri-ciri Permainanya.
 

Dilahirkan pada 6 Ogos 1983 di Rotterdam, Robin van Persie memulakan karier awalnya di Ecelsior sebelum melakukan perpindahannya ke kelab yang memberikannya pembelajaran bola sepak-Feyernoord. Sepanjang tiga tahun dalam pasukan utama Feyenoord dari tahun 2001 hingga 2004, Van Persie memenangi Piala UEFA namun sering betelagah dengan pengurus kelab yang kini menjadi pengurus Belanda, Bert van Marwijk.

Ciri-ciri Permianan Van Persie.......

  • Kemampuan penyudah yang mengkagumkan-70%
  • Teknik semula jadi-69%
  • Jarak Rembatan yang mantap-75%
  • Skill menggelecek yang penuh helah-87%
  • Bakat menyempurnakan Set Piece-95%
  • Kemampuan menyempurnakan Penalti-93%

Tuesday, December 20, 2011

United dikaitkan dengan Eriksen

Manchester United manyasarkan perpindahan untuk Midfielder Ajax Amsterdam yang kian menyerlah,
Christian Eriksen.

      Pemain terbaik Denmark, Eriksen menarik banyak minat dari kelab terbesar Eropah ekoran siri persembahan cemerlang bagi kelab dan negaranya, Barcalona dan Manchester City turut mengintai remaja itu.

      Namun bos United sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan Midfielder menyerang itu apabila beliau mencari seorang pengganti lewat unutk Paul Scholes yang bersara pada akhir musim lalu. 

      "Percayalah, United mahukannya dan £20 juta adalah harga yang ditetapkan padanya," menurut sumber di Scandinavia.

       Namun secara kebetulannya Chelsea dan Spurs menolaknya beberapa tahun lalu kerana mereka menyangka dia terlalu kecil. Sejak itu dia berubah menjadi seorang pemian bertaraf dunia."

       Eriksen, 19, yang bermain dengan kelabnya Eredivise, dipilih sebagai Bakat Terbaik Belanda pada Mei 2011 oleh sebuah panel yang termasuk legenda Belanda, Johan Cruyff.

Monday, December 12, 2011

Liverpool mahu pancing Villa

Berpindah? David Villa jadi sasaran di Liverpool..

Liverpool telah membuat pertanyaan awal tentang pertanyaan awal tentang perpindahan mengejut untuk striker Barcelona, David Villa, menurut laporan di Sepanyol.

   Striker utama Sepanyol itu dikhabarkan telah bergaduh dengan Lionel Messi, dan The Reds telah menghubungi agen Villa untuk mengesahkan tentang minat awal perpindahan ke Anfield.

   Walaupun menkmati kejayaan Luis Suarez, anak buah Kenny Dalglish telah bergelut manambah bisa serangan sejak kehilangan Fernando Torres ke Chelsea, dengan pemain bernilai £35juta, Andy Carroll hanya menjaringkan lima gol sejak perpindahannya dari Newcastle pada Januari lalu. 

   Ini memerlukan tawaran yang besar Bagi memancing Villa, yang ada rekod antarabangsa menakjubkan dengan 50 gol daripada 80 perlawanan, keluar dari Nou Camp. 


Sumber: Wisel 25Dis 

Saturday, December 10, 2011

Spurs Lebih Bersedia

   

   Stoke City bakal menerima kunjungan Tottenham Hotspur yang kini di tahap prestasi terbaik mereka.
Pengurus Stoke, Tony Pulis, bakal mempertaruhkan kembali Jermaine Pennant dan Rory Delap yang sebelumnya tersisih ketika menentang Everton akibat kecederaan apabila menentang Spurs Ahad ini.

       Selain itu penyerang tinggi lampai Stoke,  Peter Crouch yang juga bekas pemain Spurs yakin pasukannya akan mampu menghasilkan prestasi terbaik dan meraih 3 mata berharga.

       Bagi Spurs pula, kelibat Jermain Defoe dan Gareth Bale akan hanya diketahui selepas ujian kesihatan dijalankan ke atas dua tonggak utama itu.

       Setakat ini, skuad bimbingan Harry Redknapp jelas berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan  dengan 10 kemenangan daripada 11 perlawanan musim ini.

       Dan sekiranya Spurs berjaya melakar kemenangan Ahad ini,  rekod baru bakal dicipta Redknapp dengan 4 kemenangan berturut turut di laman lawan.

United tekad segera bangkit

Mahu jadikan Wolves mangsa di Old Trafford

Masih segar dengan kekecewaan tersingkir kempen liga Juara-Juara, Manchester United segera melupakan detik hitam itu. 
Pertemuan menentang Wolverhampton di saingan liga perdana Inggeris di anggap sebagai medan yang baik untuk melepaskan geram The Red Devil..


 peminat The Red Devil masih merindui sentuhan daripada Wayne Rooney....

Friday, December 9, 2011

Cabaran anak buah Andre Villa-Boas

Menentang pendahulu liga perdana inggeris Manchester City pada jadual perlawanan seterusnya. City berjaya membuat jirannya United terdiam apabila membelasah United di tempat sendiri di Old Trafford. Squad AVB harus bersiap sedia dari segi fizikal dan mental sepenuhnya...


12 Dis-  Chelsea  v   Man City
Stamford Bridge

Rayuan Rooney di terima



       Larangan bermain yang dikenakan kepada penyerang England, Wayne Rooney sebanyak tiga perlawanan dikurangkan kepada dua selepas badan bola sepak eropah (UEFA) menerima rayuan daripadanya.

       Larangan dua perlawanan tersebut bermakna, Rooney terlepas perlawanan pembukaan kumpulan D menentang Perancis pada 11 Jun di Donetsk dan perlawanan kedua menentang Sweden di Kiev pada 15 Jun.

      Pemain Manchester United berusia 26 tahun itu akan mula kembali beraksi dalam perlawanan menentang Ukraine. Rooney dikenakan tindakan selepas dilayangkan kad merah akibat menerjah Miodrag Dzudovic ketika perlawanan berlangsung di Montenegro pada Oktober.

      Pengarah urusan England Adrian Bevington berkata: Ia adalah keputusan yang positif, Rooney dan Fabio Capello (jurulatih England) nyata gembira dengan berita ini.

      Sementara itu, Rooney turut menjelaskan tindakannya itu adalah "Bodoh".

Thursday, December 8, 2011

Football | Barclays Premier League | Mancini targets two City trophies | ESPNSTAR.com

Football | Barclays Premier League | Mancini targets two City trophies | ESPNSTAR.com

Fifa 12 Preview




Game Paling Popular di kalangan Peminat Bola Sepak di seluruh Dunia.......

Pembelian yang Berbaloi??????

Menyingkap di sebalik Birai Perpindahan (MANCHESTER UNITED FC) Part 2




 Javier Hernández penyerang Mexico dan Manchester United musim ini. Beliau di bawa oleh Alex Ferguson melalui birai perpindahan 2010 daripada kelab Guadalajara (Mexico).

Di beri nama timangan seperti "Chicharito" dan "little Pea". Menjadi tumpuan pada Piala Dunia 2010 dan di iktiraf sebagai pemain paling pantas pada Piala Dunia 2010 menewaskan Lionel Messi. Menjadi pemain yang paling membantu Man United untuk setiap perlawanan.



























 Phil Jones pemain muda dari England menyertai Man United bersama hernandez dan smalling. Bermain untuk Man U di posisi Centre Back, beliau menyarung jersey no. 4 dan diletak sebagai squad kesebelasan utama semasa ketiadaan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic.
  
Antara pemain kegemaran Ferguson semenjak beliau daripada Blackburn FC lagi. 




  


David De Gea keeper daripada Athlitico Madrid. Pemain yang paling layak menggantikan Van Der Sar yang bersara daripada karier bola sepak sebagai kepeer utama kelab. Menjadi Gol keeper yang mempiunyai masa depan yang cerah dan akan menggantikan Iker Casillas sebagai keeper utama Sepanyol suatu hari nanti.

Pembelian yang Berbaloi??????

Menyingkap di sebalik Birai Perpindahan (CHELSEA FC) Part 1



Fernando Torres mempunyai kualiti permainan bertaraf 5 bintang apabila beliau bermain bersama Liverpool FC. Penyerang sensasi Sepanyol itu menjadi tumpuan dunia apabila beliau membantu Sepanyol menjulang Piala pada EURO 2008 melalui gol tunggalnya menentang German.

Malangnya beliau di letakkan sebagai pemain simpanan Chelsea FC apabila beliau tidak menunjukkan aksi yang cemerlang pada musim lalu...  






Juan Mata manunjukan corak permainan yang konsisten sepanjang karirernya bersama chelsea. Midfielder Sepanyol lebih banyak melakukan bantuan gol ke atas rakan sepasukannya. Antara pengemudi squad Chelsea FC apabila menyertai Chelsea musim lalu daripada Velencia C.F...

EURO 2012

          
 malang bagi Denmark terpaksa di undi untuk bermain bersama 3 gergasi eropah pada peringkat kumpulan lagi......


Kelab Manchester tersingkir liga juara-juara eropah

2 KELAB BESAR EROPAH TERSINGKIR LIGA JUARA-JUARA EROPAH

  
Memalukan...
Squad Alex furgeson tewas 2-1 kepada kelab Basel......
Manchester United merupakan FINALIS liga juara-juara musim lepas telah tersingkir awal pada peringkat kumpulan musim ini.......



Manchester City pula mengalami nasib yang berbeza. Walaupun memenangi perlawanan menentang kelab Utama German iaitu Bayern Munich.... Man City terpaksa di singkirkan daripada layak ke pusingan seterusnya apabila harapan mereka musnah apabila Napoli memenangi perlawanan menentang Villareal...

Kemenangan ke atas Bayern Munich menunjukkan corak permainan mereka yang konsisten dalam setiap perlawanan di liga perdana Inggeris.....

cuti2x bola

SELAMAT DATANG ke BloG!!!!
selamat datang ke blog cuti-cuti bola...
blog ini menyediakan infomasi-infomasi terkini bola sepak dari liga tempatan, liga perdana inggeris, hingga ke liga juara -juara eropah...

ulasan juga di berikan bagi perlawanan -perlawanan tumpuan