Ads 468x60px

Pemain manakah yang paling 'Berbaloi' dalam saingan Liga Perdana Inggeris

Featured Posts

Wednesday, April 23, 2014

Berakhir Zaman David Moyes


Pada 22 April maka berakhir sudah tugas David Moyes sebagai pengendali Manchester United. Moyes dipecat kerana prestasi hambar pasukan Manchester United sepanjang beliau mengendalikan pasukan tersebut. Moyes dilantik menjadi pengurus Manchester United pada 1 Julai 2013 bagi menggantikan Sir Alex Ferguson yang bersara. Namun Moyes hanya sempat membimbing pasukannya 9 bulan sahaja walau telah menandatangani kontrak selama 6 tahun. Moyes merupakan pengurus tersingkat Manchester United sejak 82 tahun.

Rekod Moyes sepanjang mengendalikan Manchester United tidak baik seperti yang diharapkan. Moyes mengendalikan 51 perlawanan dengan 27 menang, 9 seri dan 15 kalah serta merokodkan 52.94% kemenangan. Sepanjang 9 bulan di Old Trafford, Moyes berjaya merangkul Piala Perisai Komuniti di awal musim dengan menewaskan Wigan.

Moyes bersama Piala Perisai Komuniti


Rekod Moyes untuk beberapa kejohanan yang disertai Manchester United adalah seperti berikut:

  • Premier League - Ke 7 (sepanjang tempoh Moyes menjadi pengurus)
  • Perisai Komuniti - Juara
  • FA Cup - Pusingan Ke 3
  • Capital One Cup - Separuh Akhir
  • UEFA Champion League - Suku Akhir
Banyak rekod buruk telah dipecahkan Moyes. Perkara ini memberi tamparan hebat kepada peminat setia Manchester United. Berikut merupakan rekod yang telah dipecahkan oleh Moyes:

Rekod buruk Moyes 


Ryan Giggs telah dilantik menjadi pengurus-pemain sehingga hujung musim bagi menggantikan tempat David Moyes. Pengurusan sedang berusaha mencari pengurus baru Manchester United sebelum bermulanya liga musim 2014-2015.

Pengurus sementara - pemain


  

Tuesday, February 19, 2013

FIFA Mengesahkan Pengunaan Teknologi Garisan Gol pada Kempen Piala Dunia 2014 di Brazil


      Selepas Perlawanan di antara England dan German pada kempen Piala Dunia 2010 lepas telah meyakinkan President Fifa Sepp Blatter untuk menggunakan teknologi garisan gol selepas gol Frank Lampard di nafikan oleh pengadil perlawanan.

      Kedua-dua pembekal GTL (goal line technology) telah di berikan lesen dibawah Fifa's Quality Programme untuk GLT, dan pembekal GLT yang lain yang dalam proses mendapatkan lesen mesti melepasi kesemua ujian yang telah di tetapkan fifa hari ini dan di jemput hadir untuk mengemukakan tender.

       Dua sistem yang telah diluluskan oleh Fifa ialah teknologi Hawk-Eye dan GoalRef. Kedua-dua sistem ini telah berjaya mencatatkan kesemua 21 gol pada piala dunia kelab tahun lepas dan satu pun tidak menunjukkan bacaan yang salah.

       Bagaimanapun Presiden Uefa Michel Platini telah menentang cadangan penggunaan teknologi garisan gol ini.




       

Thursday, February 14, 2013


                          Newcastle di Kuasai Pemain Perancis


 Pengarah urusan Newcastle, Derek Llambias mendedahkan kelab masih belum selesai dengan urusan pembelian di pasaran Perancis.

Semua lima pemain baru Newcastle dibawa dari Perancis dan Cabaye, yang juga pemain Perancis yakin mereka mampu menyesuaikan diri meskipun bertutur dalam bahasa Perancis. 
Pengurus pasukan The Magpies, Alan Pardew pernah menyatakan bahawa kelab itu mempunyai masalah komunikasi yang tidak kena pada masanya. 

“Ya, mereka datang ke England, ia sesuatu yang baru bagi mereka tetapi mereka perlu segera belajar bahasa Inggeris kerana mereka perlukan­nya. Ia sungguh penting.

“Kami perlu menghormati orang Inggeris menerusi kemampuan bercakap dengan mereka dan ia sesuatu yang penting dalam pasukan.

“Kami akan membantu mereka tetapi mereka perlu belajar bahasa itu.” kata Cabaye 

Penguasaan bahasa Inggeris Cabaye adalah semakin baik.



    SENARAI PEMAIN PERANCIS DI NEWCASTLE
  • Yohan Cabaye
  • Moussa Sissoko
  • Hatem Ben Arfa
  • Youn Gouffran
  • Mapou Yanga-Mbiwa
  • Romain Amalfitano
  • Massadio Haidara
  • Sylvian Marveaux
  • Gabriel Obertan
  • Mathieu Debuchy




Sumber: Metro & Wisel Online

Wednesday, February 13, 2013

         13 Feb 2013- Manchester United mengikat Los Blancos di              Santiago Bernabeu




              Pertemuan dua gergasi eropah antara Manchester United dan Real Madrid pada aksi perlawanan UEFA Champion League (liga juara-juara eropah) pada pagi tadi menemukan hasil seri kepada kedua-dua pasukan. Pengurus pasukan The Red Devil, Sir Alex Ferguson munkin berpuas hati dengan keputusan itu yang menampakan United memperoleh 1 gol di tempat lawan. Danny Welback menjaringkan gol penting untuk United pada awal minit 20 hasil tandukan daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Wayne Rooney. Real Madrid tidak mudah mengaku kalah dan terus melakukan asakan pada kubu United. Gol hasil tandukan kencang bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo pada minit ke 30 telah mengubah keputusan perlawanan itu. Real Madrid mendominasi perlawanan itu dengan posisi bola sebanyak 55% dan percubaan tepat kearah gawang sebanyak 14. Bagaimanakah keputusan 2nd leg. pada 15 March 2013 di Old Trafford nanti. Sama-sama kita nantikan keputusannya. Real Madrid pastinya memerlukan gol di tempat lawan bagi memastikan mereka kekal dalam saingan liga juara-juara eropah





                                 Danny Welback menjaringkan gol pembukaan pada awal minit ke 20




                                 Cristiano Ronaldo memeluk bekas pengurusnya, Sir Alex Ferguson


                            David de Gea dipilih sebagai Man Of The Match pada perlawanan itu.


















Tuesday, January 24, 2012

Balotelli didakwa di mahkamah



Penyerang Manchester City Mario Balotelli menghadapi penggantungan empat perlawanan setelah memijak kepala Scott Parker.

Penyerang 21 tahun itu mempunyai masa hingga 6 petang untuk membuat rayuan kepada tuduhan yang dia telah memijak kepala Scott Parker dalam kemenangan 3-2 pada hari Ahad ke atas Tottenham.

Kenyataan FA berkata: "FA telah mendakwa penyerang Manchester City Mario Balotelli setelah insiden pasukannya menentang Tottenham Hotspur."

"Balotelli terlibat dalam insiden dengan pemain Tottenham Scott Parker dalam kemenangan 3-2 Manchester City ke atas Tottenham di Stadium Etihad pada 22 Januari 2012."

"Balotelli mempunyai hingga jam 6 petang pada hari Rabu 25 Januari 2012 untuk membuat rayuan."

Saguhati untuk City adalah Joleon Lescott tidak akan menghadapi dakwaan setelah dituduh memukul Younes Kaboul di mukanya di insiden lain di Stadium Etihad
.
Jika Balotelli menerima dakwaan itu, dia akan dikecualikan dari perlawanan separuh akhir Piala Carling dengan Liverpool di Anfield.

Walaubagaimanapun jika penyerang Itali itu membuat rayuan, dia dapat menghadapi Reds sambil menunggu tarikh untuk pendengaran mahkamah.

Tetapi jika rayuannya gagal, Balotelli mungkin akan mendapat hukuman yang lebih berat kerana seperti dikatakan pengadil perlawanan itu Howard Webb, jika beliau melihat insiden itu dia akan membuang pemain itu.

Ia adalah pendapat yang dikongsi beberapa pihak yang Balotelli memang sepatutnya dibuang padang.

Dia telah menjaringkan gol penalti dalam masa tambahan yang memberi City kemenangan dan telah mencetuskan kemarahan pengurus Tottenham Harry Redknapp.

"Saya tidak suka menendang kepala orang lain." kata Redknapp.

"Ia sesuatu yang saya tidak faham. Mengapa dia perlu menendang pemain yang sudah jatuh di kepalanya?"

Aguero telah berbincang dengan Balotelli tentang siapa akan mengambil tendangan penalti itu dan menambah: "Kami berkongsi tanggungjawab tetapi dia selalu mengambilnya. Saya bertanya beliau dahulu dan berkata 'Saya boleh mengambilnya - kamu yakin kamu mahu?' Dia menjawab 'Ya saya 100% yakin' jadi saya setuju dengannya."

Pemain midfield James Milner tahu yang Balotelli tidak akan gagal.

"Balotelli adalah yang terbaik untuk mengambilnya." Milner berkata.

Sunday, January 22, 2012

adidas Tango 12 jadi bola rasmi UEFA EURO 2012



 

Darligh mahu Pecat Pemain




Pengurus Liverpool Kenny Dalglish telah mengancam untuk memecat pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Untuk kali pertama sejak pengembaliannya sebagai pengurus Liverpool sejak setahun lalu, pengurus Scotland itu telah mengkritik pasukannya sendiri.

Dalglish percaya yang mereka hilang tumpuan mereka akibat perlawanan Piala Carling pada hari Rabu dengan Manchester City, yang mereka akan mula dengan kelebihan 1-0, dan perlawanan pusingan keempat Piala FA dengan Manchester United minggu hadapan.

Akibatnya, pemain tengah Bolton Mark Davies dan Nigel Reo-Coker berjaya mendapatkan gol pembukaan dalam 30 minit sebelum Craig Bellamy menjaringkan gol ketujuh musim ini tetapi Gretar Steinsson mengakhiri dengan jaringan ketiga untuk pasukannya.

Dalglish menyatakan yang pemainnya tidak menghormati Bolton dan memberi amaran yang jika ia diulangi, mereka akan dibuang dari Anfield.

"Pemain yang tidak menghormati orang lain tidak dibenarkan di kelab ini." kata Dalglish.
"Jika itulah masalah mereka, jika mereka berpendapat yang perlawanan ini tidak sepenting perlawanan yang akan datang, biarlah. Mereka tidak akan kekal di sini."

"Keputusan amat mengecewakan tetapi apa yang lagi mengecewakan adalah yang para pemain saya tidak bersedia untuk perlawanan ini."

"Asas kelab bola sepak ini dibina di atas falsafah menghormati orang lain."

"Ia dibina dengan falsafah yang permainan yang akan dihadapi adalah yang terpenting, bukan perlawanan kedua atau ketiga selepas ini."

"Mereka perlu diberikan pengajaran, dan inilah masanya."

"Jika mereka fikir yang mereka hanya boleh menyertai dan mendapat keputusan yang baik dengan tidak bersaign, mereka telah diberi pengajaran."

Wanderers telah mendapat 10 mata dari enam perlawanan terakhir dan telah menarik diri dari zon penyingkiran dan Owen Coyle amat gembira dengan keputusan dan terutama sekali prestasi pemainnya.

"Apabila kamu bermain dengan kelab sebesar Liverpool adakali kamu ada peluang untuk mendapat keputusan yang baik dan adakali kamu hanya perlu bergantung kepada nasib. Hari ini kenyataan ini amat bermakna." kata Coyle.

Friday, January 20, 2012

Wenger: Arsenal-United masih hebat


Arsene Wenger yakin pertembungan Manchester United dengan Arsenal masih lagi perlawanan hebat dalam Liga Perdana Barclays.
Perlawanan antara Arsenal dan United merupakan yang terhebat pada 1990an dan awal 2000 apabila kedua pasukan dikatakan sebagai pasukan terhebat. Tetapi kebangkitan Chelsea dan Manchester City kelihatannya telah mengaburi mereka.
Namun, Wenger percaya perlawanan antara Arsenal dan United masih lagi terhebat.
"Ia masih sama. Ia bukan satu-satunya perlawanan lagi kerana kini terdapat Chelsea dan Man City dan Liverpool masih di situ. Tetapi ia perlawanan yang ditonton di seluruh dunia.," katanya.
"Kami memotivasikan diri, kami rasa kami berada di tahap yang sama. Saya masih merasakan apabila kami mempunyai semua sokongan, kami masih kuasa yang hebat dalam liga. Sebab itu penting untuk kami berjuang untuk tidak kehilangan mara."


Guardiola risau 'ugutan' Madrid



Jurulatih Barcelona Pep Guardiola akan ke Clasico yang ke-13 pada hari Rabu ini.
Guardiola telah memenangi 12 pertemuan dengan Madrid sejak bertugas pada 2008 dan hanya tewas sekali.
Tetapi beliau tahu mereka tidak akan mengambil mudah pertemuan dengan Madrid pada perlawanan Copa del Rey suku akhir.
"Kami mesti bijak apabila ke Bernabeu untuk mara ke pusingan yang seterusnya' kata Guardiola.
"Madrid satu pasukan yang hebat bagi kami. Dengan Madrid, anda tidak boleh merasakan anda pasukan pilihan untuk menang.
"Saya telah membuat keputusan untuk menurunkan Pinto kerana beliau layak dan seorang penjaga gol yang hebat," kata beliau lagi.
Pasukan 19 pemain itu akan berlatih pada hari Selasa dan akan ke Madrid pada pagi Rabu.

"De Gea boleh menunggu 10 tahun"


Penjaga gol Manchester United Anders Lindegaard percaya yang rakan sepasukan David de Gea akan menjadi pilihan utama.
Walaubagaimanapun dia telah menyatakan yang pemain Sepanyol itu terpaksa menunggu untuk gilirannya.
Lindegaard telah bermain dalam tiga perlawanan terakhir United setelah De Gea menunjukkan prestasi yang buruk dalam kekalahan 3-2 kepada Blackburn.
Lindegaard masih memuji saigannya walaupun tidak ingin menyerah tempatnya.
Apabila ditanya jika De Gea dapat menjadi penjaga gol terbaik dunia, Lindegaard berkata: "Sudah tentu. Dia mempunyai ciri-ciri yang baik dan amat berkuasa dalam permainannya."
"Dia hanya 21 tahun. Dia mempunyai potensi yang baik dan ia tidak boleh dinafikan yang dia akan menjadi penjaga gol terbaik United satu hari nanti."
"Tanggungjawab saya adalah untuk memastikan yang dia tidak akan mengambil alih hingga saya bersara yaitu dalam 10 tahun lagi."
Lindegaard juga telah dilaporkan berkata dalam beberapa akhbar yang "Saya amat berbangga dengan pencapaian saya."
"Tiga tahun lalu, saya masih bermain dalam liga kedua Denmark. Tiada siapa yang mengenal saya. Bila saya membuat penampilan, tiada siapa yang dapat menyatakan nama saya."
"Ia amat menggembirakan dan masa ini bukan masanya untuk merehat, ia masa untuk berusaha lagi, untuk meningkatkan permainan dan meraih pencapaian terbaik untuk diri sendiri dan kelab."
"Ia pertama kali yang saya telah bermain tiga perlawanan berturut-turut dan saya ingin bermain sebanyak mungkin."
"Saya telah buat apa yang diperlukan untuk menolong David. Saya suka bekerjasama dengannya."
Sementara itu, pemain pertahanan United Nemanja Vidic telah menyatakan yang pasukannya akan mengakhiri musim dengan baik dan menraih kejuaraan.
United telah dilanda kecederaan dan kini dibelakang Manchester City dengan tiga mata tetapi Vidic - yang tidak boleh menyertai perlawanan hingga akhir musim - berkata kepada BBC North West: "Saya amat positif."
"Kami mempunyai masalah dengan kecederaan tetapi nampaknya semua pemain sedang pulih. Kami akan meningkatkan permainan berbanding dengan separuh musim pertama."