Ads 468x60px

Friday, December 30, 2011

FINAL PERTAMA DI BUKIT JALIL

FINAL YANG MENDEBARKAN

 
                Kemenangan Malaysia ke atas Vietnam menandakan munculnya juara baru bagi Piala Suzuki AFF 2010. Lawan Malaysia di perlawanan akhir adalah pasukan yang telah menewaskan pasukan negara diperingkat kumpulan iaitu pasukan Sang Garuda. Indonesia telah menewaskan pasukan Filipina pada aksi separuh akhir. Filipina melakukan kejutan apabila layak pertama kali dalam sejarah bola sepak mereka. Namun ia bukan kejutan bagi warga bola sepak kerana Filipina menggunakan pemain yang diberi hak kerakyatan tempatan.  Lebih kurang 9 pemain warga England diberi kerakyatan Filipina untuk mewakili pasukan bola sepak mereka.
            Cerita menarik di sebalik perlawanan Indonesia menentang Filipina ialah kedua-dua perlawanan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno. Filipina tidak dapat menggunakan stadium mereka di Manila iaitu Stadium Jose Riazal kerana stadium tersebut tidak mendapat pengiktirafan FIFA walaupun stadium meraka pernah menjadi venue acara bola sepak Sukan SEA 2005. Perlawanan separuh akhir pertama dan kedua di antara pasukan Indonesia dan Filipina berakhir Indonesia menang kedua-dua perlawanan dengan jaringan 1-0. Secara aggreget Indonesia menang 2-0.
            Tanggal 26 Disember 2010 merupakan final pertama yang dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.Perlawanan kali ini menarik  lebih kurang 80 ribu penonton sehingga tiket habil dijual sebelum perlawanan. Fenomena yang melanda sekarang ialah Harimau Malaya. Kini penonton mempunyai kelab penyokong bola sepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Ultras Malaya. Kita boleh lihat sekarang ialah fenomena memakai jersi Harimau Malaya.


Fenomena setiap perlawanan Malaysia

Perlawanan bermula pada jam 8.45 malam. Kesebelasan utama negara diketuai SafiqRahim dan dibantu oleh Amar Rohidan, Amirulhadi, dan S.Kunalan. Jentera serangan dipandu oleh 2 orang penyerang sensasi negara, Norshahrul dan Safee Sali. Barisan pertahanan dikemudi oleh Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Asraruddin. Namun perlawanan terhenti seketika apabila penjaga gol Indonesia, Markus melaporkan kepada pengadil perlawanan yang beliau disuluh dengan laser. Pengadil ketika itu, Masaaki Toma menghentikan perlawanan lebih kurang 10 minit.
Beberapa minit selepas bersambung perlawanan, Malaysia menjaringkan gol pertama oleh Safee Sali hasil lorongan Norshahrul. Tujuh minit kemudian Ashari Shamsudin yang masuk menggantikan Amirulhadi menjaringkan gol yang kedua. Sekali lagi Norshahrul menjadi arkitek untuk gol kedua. Minit 73 pula, Safee Sali menjaringkan gol ketiga negara melalui tandukan hasil lambungan cantik daripada pemain pertahanan, Mahali. Perlawan pertama berakhir Malaysia menang 3-0.

Safee Sali antara watak penting kejayaan Malaysia







Ulasan perlawan akhir kedua yang belangsung di Jakarta akan diulas di post seterusnya.







No comments:

Post a Comment