Ads 468x60px

Friday, December 9, 2011

Rayuan Rooney di terima



       Larangan bermain yang dikenakan kepada penyerang England, Wayne Rooney sebanyak tiga perlawanan dikurangkan kepada dua selepas badan bola sepak eropah (UEFA) menerima rayuan daripadanya.

       Larangan dua perlawanan tersebut bermakna, Rooney terlepas perlawanan pembukaan kumpulan D menentang Perancis pada 11 Jun di Donetsk dan perlawanan kedua menentang Sweden di Kiev pada 15 Jun.

      Pemain Manchester United berusia 26 tahun itu akan mula kembali beraksi dalam perlawanan menentang Ukraine. Rooney dikenakan tindakan selepas dilayangkan kad merah akibat menerjah Miodrag Dzudovic ketika perlawanan berlangsung di Montenegro pada Oktober.

      Pengarah urusan England Adrian Bevington berkata: Ia adalah keputusan yang positif, Rooney dan Fabio Capello (jurulatih England) nyata gembira dengan berita ini.

      Sementara itu, Rooney turut menjelaskan tindakannya itu adalah "Bodoh".

No comments:

Post a Comment